Sunday, February 20, 2011

SOALAN 1


Apakah kepentingan memahami peraturan berbahasa dala menulis?


Penggunaan bahasa yang betul bukanlah bermaksud kita perlu melontarkan kata-kata yang indah seperti puisi, sajak, pantun atau sebagainya tetapi cukuplah sekadar kita menggunakan peraturan berbahasa seperti tatabahasa yang betul di dalam penulisan kita.

Hal ini kerana, seperti yang kita lihat terdapat ramai dalam kalangan kita sendiri yang tidak tahu menggunakan mggunakan peraturan berbahasa yang betul. Tidak dipastikan sama ada mereka memang tidak tahu atau sengaja tidak mengambil tahu akan perkara ini.

Memahami peraturan berbahasa dala menulis adalah sangat penting. Peraturan berbahasa membolehkan sesorang penulis itu untuk menulis dengan baik, mempunyai susun kata yang teratur dan penggunaan tatabahasa yang bagus. Perkara ini sangant penting dan dan tidak boleh dipandang enteng oleh ramai pihak. semua pihak harus bekerjasama untuk membantu menyelesaikan perkara ini. 

SOALAN 2

Perlukah kesemua gengry penulisan memahami peraturan berbahasa?

Ya , semua gengre penulisan perlu memahami peraturan berbahasa. Contohnya seperti penggunaan tatabahasa dan lain-lain. hal ini kerana ia akan menampakkan cantiknya sesuatu hasil karya itu.

Setiap penulis perlu diberi penekanan tentang pentingnya perkara ini kerana penulis berperanan untuk menyampaikan sesuatu perkara kepada pembaca dan setiap perkara yang cuba disampaikan oleh mereka  hendaklah berada dalam keadaan yang baik, mudah difahami, mempunyai susun kata yang teratur, peribahasa yang baik supaya apa yang cuba disampaikan oleh penulis dapat diterima dengan baik oleh para pembaca.

SOALAN 3

Adakah bahan-bahan penulisan kini mematuhi peraturan berbahasa?

Seperti yang dapat kita lihat sekarang, terdapat banyak bahan-bagan penulisan dipasaran seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Tidak dinafikan bahawa minat menulis dalam kalangan kita sangat memberansangkan tetapi harus diingat bahawa adakah mereka mematuhi standard yang seharusnya dipatuhi? Tidak banyak penulis yang dapat menulis dengan mnggunakan peraturan berbahasa yang betul. Ramai di anatara kita yangg boleh menulis tetapi tidak ramai yang betul-betul tahu peraturan bahasa untuk menulis.

Masalah ini telah dapat kita lihat sekian lamanya. sekiranya masalah ini tidak dibendung, dikhuatiri akan menjadi lebih besar. Baik lah kita sama-sama menyelesaikan masalalah ini seperti kata pepatah sediakn payung sebelum hujan sebelum nasi menjadi bubur.

No comments:

Post a Comment