Wednesday, April 20, 2011

TUGASAN KETIGA: ULASAN MENGENAI KELAS SBLE 1023 (PENGANTAR PENULISAN)

Kelas Pengantar Penulisan merupakan salah satu sabjek yang diambil bersama rakan-rakan sepanjang semestar ini. Melihat pada nama subjek itu sendiri sebenarnya membuatkan saya mengeluh pada mulanya kerana mesti perlu banyak menulis dan membosankan. Tetapi apabila mula mengikuti pelajaran, subjek ini sebenarnya menyeronokkan dan bukan membisankan seperti yang difikirkan sebelumini. Hal ini mungkin kerana pensyarah sendiri yang pandai menarik minat kami untuk belajar dan berinteraksi di dalam kelas. 

En. Nasrol Hadi bin Ahmad Syukri
(Pensyarah SBLE 1023)

Pelbagai  ilmu yang kami telah pelajari sepanjang mengambil subjek ini. Antaranya tentang konsep penulisan, kepentingan bahasa dalam penulisan, jenis penulisan dan sebagainya. Encik Nasrol banyak memberikan latihan bagi membantu pelajar-pelajar untuk memahami pelajaran yang diajar. 

Subjek ini sedikit sebanyak telah menyedarkan kami tentang pentingnya memahami bahasa ibunda kita iaitu Bahasa Melayu dengan lebih mendalam supaya tidak lapuk ditelan zaman kerana kebanyakan daripada kita sekarang semakin alpa dan lupa tentang pentingnya menggunakan bahasa melayu yang betul. 

Tugasan-tugasan yang diberikan juga tidak terlalu membebankan pelajar. Kami ditugaskan untuk  membuat blog dengan memasukkan beberapa tugasa seperti pendapat, penulisan kreatif yang dicipta sendiri yang mana tidak pernak saya lakukan sebelum ini dan sebagainya. Selain itu, kami juga ditugaskan untuk membuat sebuah karangan autobiografi. Bagi saya, kelas ini merupakan kelas yang menyeronokkan kerana banyak perkara dapat kami pelajari sepanjang semestar. 

1 comment: